Hai seorang yang pernah berumur 19 tahun,
Naif.
Baju kurung padan dengan shawl belit entah berapa pin.
Siap headphone daiso wajib bawa merata.
Cool habislah tu.
Hati jelly.
Tapi ada hati nak baca buku fixi.
Design.
Pakai jenama asus dengan adobe 'crack'.
Berat sungguh laptop, tapi gagah kehulu kehilir bawak laptop.
Praktikal.
Buat apa yang disuruh.
Tak reti minta kerja lebih.
Belajar.
Edit desain abam hakak senior.
Berharap suatu hari pada 5 tahun kemudiannya aku capai tahap itu.
Ya, saya sudah jadi senior designer.
Bahagia?
Masih banyak perlu diperbaiki.
Berkejaran naik bas dan balik pun dengan bas.
Yang masih sama hari ini dan waktu ini,
aku masih kerja di tempat sama.
Masih naik pengangkutan yang sama.
Sama seperti 5 tahun sebelumnya.
Alahai.
Wahai jiwa,
Bila mahu naik bonceng ya ?
Atau myvi kuning idaman hati ?
Sambil.
Aku praktikal,
Aku belajar juga menjahit baju kurung.
Masa 2015 ini,
Berat aku overweight.
Lantas perlu belajar jahit sendiri.
Dan aku berjaya jahit.
Baju kurung, skirt, instant shawl.
Pencapaian untuk budak 19 tahun.
Praktikal & jahit baju sendiri.
Kala waktu tidak risaukan lagi.
expenses bulanan.
Kenderaan yang nak ditunggang.
Masa depan.
Mendatar dan tenang sebegitu.
Sambung belajar setahun,
Masih tidak faham dunia sebenar.
Wahai seorang yang pernah berusia 19 tahun,
Berjuanglah untuk dirimu sendiri,
Jangan pernah selesa dengan keadaan seadanya,
Berhijrahlah minda, hati, jiwa dan segalanya,
Kearah yang membanggakan diri.
Wahai seorang yang pernah berusia 19 tahun,
Kini kau sudah berusia 24 tahun,
Bukan lagi seorang budak kecil,
Kau mampu,
Berhijrah,
Mencuba sesuatu yang baru,
Menenangkan jiwa seadanya,
Mencari matlamat.
Menjadi seorang designer itu, apa yang paling menmbanggakan ya?
Buatlah sesuatu itu dan ingatlah pada tuhan.
Segalanya berbalik pada Dia.
Cari bahagia dalam jiwa.
.......dan saya masih mencari wahai diri yang sudah 5 tahun kehadapan,
Comments